Friday 24 May 2013

Impressionisme

  • Aliran ini mengutamakan kesan selintas dari suatu objek yang dilukiskan.
  • Kesan ini didapati dari bantuan sinar matahari yang merefleksi ke mata.
  • Suatu gerakan seni dari abad ke-19
  • Bermula dari Perancis pada tahun 1860-an
  • Nama ini awalnya dikutip dari lukisan Claude Monet, "Impression, Sunrise".
  • Menurut Issac Newton menjelaskan bahawa apa yang kita lihat adalah cuma kesan pembalikan cahaya terhadap warna pada objek.
  • Menurutnya lagi, pancaran cahaya mengandungi pelbagai warna yang dibalikkan dan ada yang tidak, bergantung kepada sesuatu permukaan.

    Impression, SUnrise by Claude Monet


  • Antara pelukis yang terkenal dalam seni aliran Impresionisme ialah Claude Monet, Pierre Auguste Renoir, Edouard Manet, Pissaro dan Sisley.

Ciri-Ciri Utama Catan Aliran Impresionisme
  • warna-warna cerah (ada pelukis impresionis yang mengharamkan warna hitam kerana dianggap bukan sebahagian dari cahaya)
  • komposisi terbuka
  • kuatnya goresan berus
  • penekanan pada kualiti pengcahayaan
  • subjek-subjek lukisan yang tidak terlalu menonjol
  • sudat pandangan yang tidak biasa 
  • faktor masa adalah sangat penting, maka sapuan berus dilakukan secara spontan dan cepat

- Claude Monet mengkaji dan menganalisis pengaruh cahaya kepada semua subjek yang beliau lukis berulang kali di bawah pengaruh cahaya yang berbeza dan pada masa yang berlainan.
- Melalui cubaan ini, beliau telah menghasilkan beberapa siri catan Rouen Cathedral.


Rouen Cathedral, the West Portal, Dull Weather, 1892

Rouen Cathedral, West Façade, Sunlight, 1892
Contoh Karya Impressionisme
Water Lily Pond by Claude Monet

Doge's Palace, Venice by Pierre-Auguste Renoir, 1881


2 comments: