Friday 24 May 2013

Kubisme

 Pengenalan
  • Kubisme merupakan satu zaman dalam gerakan seni yang juga sebuah gerakan moden seni rupa pada awal abad ke-20 yang dipelopori oleh Picasso dan Braque.
  • Kubisme adalah menampilkan objek berbentuk geometri seperti kubus sfera dan lain-lain lagi.
  • Prinsip-prinsip umum pada kubisme iaitu menggambarkan bentuk objek dengan cara memotong, distorsi, overlap, penyederhanaan, transparansi, deformasi, menyusun dan aneka jenis tampak.
  • Gerakan ini dimulakan pada lukisan dan patung melalui pendekatannya masing-masing.
Sejarah Kubisme
  • Zaman kubisme bermula dari pegangan seseorang pelukis yang mashyur. Lahirnya aliran Kubisme pada tahun 1905 merupakan hasil titik peluh pelukis Pablo Picasso dan Brague. Yang menjadi pertanyaannya ialah dari masa idea lukisan yang saat itu membuat menfokuskan seni lukis.
  • Picasso banyak mempelajai patung afrika (sekilas mirip patung Asmat) yang bentuknya lonjong dan proporsinya tidak normal atau tidak realisme.
Ciri-Ciri Kubisme
  • Tidak terikat dengan kongkongan tradisi catan.
  • Model atau realiti luaran tidak diperlukan kerana cata itu merupakan realiti.
  • Struktur geometri adalah asas kepada form yang terdapat di alam semula jadi.
  • Menganggap seni sebagai satu konsep ke arah penciptaan dan menolak peniruan.
  • Penggunaan bentuk dan satah geometrik
  • Merupakan penyelesaian permasalahan 3 dimensi dalam ruang 2 dimensi dengan keinginan untuk mengekalkan sifat-sifat 3 dimensi.
Tokoh Kubisme : Pablo Ruiz Picasso

  • Lahir pada 25 Oktober 1881 dan meninggal pada 8 April 1973 pada umur 91 tahun
  • Merupakan seorang seniman yang terkenal dalam aliran Kubisme dan dikenal sebagai pelukis revolusi pada abad ke-20
  • Ayah Picasso adalah seorang professor di bidang lukisan dan beliau mendorong Picasso dalam bidang seni.
  • Bakat Pablo muncul dalam usia muda sekali dan dia sudah menjadi pelukis yang mahir pada umur belasan tahun.
  • Picasso sudah mengadakan pameran lukisannya.
  • Tersebar luas di antara para pelukis Perancis.
  • Selama 80 tahun, dia menciptakan lebih dari 50,000 karya lukis.
  • Picasso selalu berusaha agar aliran Kubisme ciptaannya tersebar luas.
  • Tokoh utama dalam seni moden dan juga terkenal kerana kebijaksanaan serta kemampuan tekniknya.
  • Picasso meninggal dunia pada bulan April 1973.
 
"Two Girls Reading"-Karya Pertama Picasso yang menggunakan aliran Kubisme


"Les Demoiselles d'Avignon", Picasso, 1907
Kubisme (Tempoh)
  • Karya-karya Picasso sering dikategorikan mengikut "tempoh:. Sedangkan nama bagi tempoh-tempoh yang kemudian sentiasa dipertikaikan, tempoh-tempoh karyanya yang paling biasa diterima adalah seperti berikut :
1. Tempoh Biru (1901-1904) 
- Sifat lukisan-lukisan Picasso dalam tempoh ini muram dengan sedikit warna biru dan dipengaruhi oleh lawatannya ke seluruh Sepanyol serta kematian kawannya yang baru-baru itu. Lukisan-lukisan itu sering menonjolkan akrobat, badut, pelacur, pengemis dan seniman.
2. Tempoh Ros (1905-1907)
- Lukisan-lukisan dalam tempoh ini lebih riang dengan warna-warna jingga serta merah muda, dan masih menonjolkan badut. Picasso bertemu dengan Fernande Olivier, seorang model perempuan bagi pengarca dan pelukis, di Paris dalam tempoh ini dan banyak lukisannya dipengaruhi oleh persahabatannya yang mesra ini, selain daripada pendedahannya kepada lukisan Perancis.

3. Tempoh dipengaruhi Afrika (1908-1909)
- Dalam tempoh ini, Picasso dipengaruhi oleh 2 tokoh yang pada dirinya diilhami pula oleh artifak-artifak Afrika. Beliau melukis kedua-dua tokoh ini dalam lukisannya, Les Demoiselles d'Avignon (kedua-dua orang di sebelah kanan lukisan ini).
 
4. Kunisme Analisis (1909-1912)
- Dalam tempoh ini, Picasso bersama-sama dengan Braque memperkembangkan satu gaya lukisan yang menggunakan warna coklat monokrom di mana mereka memisah-misahkan dan "menganalisis" objek-objek dari segi bentuk. Ketika itu, lukisan-lukisan Picasso dan Braque amat serupa dengan satu sama lain.

5. Kubisme Sintetik (1912-1919) 

1 comment: