Saturday 25 May 2013

Rangsangan Ke Arah Pemikiran Kreatif

Pengertian Kreativiti
  • Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu 'creare' bermaksud memenuhi.
  • Menurut Kamus Dewan pula, kreativiti ialah kemampuan mencipta daya kreatif iaitu mempunyai kebolehan mencipta dan mengembangkan sesuatu idea baharu dan asli.
Rangsangan Ke Arah Pemikiran Kreatif
  •  Bagi mengalakkan dan merangsang pemikiran kreatif dalam kalangan pelajar, kaedah sumbangsaran boleh digunakan.
  •  Asas sumbangsaran ialah mengasingkan proses penghasilan idea daripada proses menilai.
  • John Bear (1997) telah menggariskan 4 panduan utama semasa menjalankan sesi sumbangsaran.
  • Kaedah Pertama : Elakkan membuat penilaian, terutama semasa proses awal sumbangsaran. Ini boleh membantutkan usaha murid untuk menyalurkan idea kerana khuatir idea yang diberikan tidak mampu dilaksanakan.
  • Kaedah Kedua : Elakkan pemilikan idea oleh kumpulan atau individu. Ini kerana apabila idea dan saranan dihakmilikkan oleh individu atau kumpulan, ianya akan menyebabkan perasaan ego wujud lalu mengurangkan kerjasama dalam kalangan murid. Keadaan ini biasanya mewujudkan suasana tegang kerana mereka cuba untuk mempertahankan idea dan secara tidak langsung menyebabkan kesukaran untuk memperbaiki idea tersebut.
  • Kaedah Ketiga : Menjelaskan kepada murid bahawa tidak menjadi kesalahan untuk menjamin idea dan cara sedia ada bagi tujuan penambahbaikan dalam proses kemudiannya.
  • Kaedah Keempat : Menggalakkan sumbangsaran idea yang luar biasa yang kadangkala tidak masuk akal. Galakan sebegini akan merangsang murid untuk berfikir luar daripada kemampuan supaya murid mempunyai idea menarik, tidak bersifat konvensional dan bersifat biasa sahaja. 

No comments:

Post a Comment