Friday 24 May 2013

Surealisme

  • Perkataan "surealisme" berasal dari perkataan 'super' dan 'realism'.
  • Manifestasinya ditonjolkan dalam catan, teater, kesusasteraan, falsafah dan muzik.
Istilah Surealisme
  • Diperkenalkan oleh Guillaume Apollinaire pada 1917
  • Digunakan oleh Andre Breton pada 1919 bagi menggambarkan percubaannya terhadap penulisan yang lahir dalam mindanya tanpa berfikir dan olahan awal
  • Breton bersama-sama beberapa pelukis dan penulis Dadaism berkumpul di Paris pada 1920 dan akhirnya pada 1924 Manifesto Surrealist yang pertama diterbitkan
Objektif
  • Pencarian dan penerokaan dalam dunia psikik, fantasi dan alam bawah sedar serta melanggar hukum logik
  • Untuk mengkaji kewujudan mimpi yang tidak terbatas
  • Mengutamakan kebebasan berkarya sampai pada di luar jangkaan
Gaya Catan/Persembahan
  • Menggambarkan imej bawah sedar atau dalam khayalan
  • Objek-objek yang tidak kena-mengena atau tidak berhubungan diletakkan bersisi dalam suatu situasi yang tidak dijangka
  • 2 jenis surealisme, iaitu Surealisme Halusinasi dan Surealisme Abstrak
Surealisme Halusinasi
  • Juga dikenali sebagai Surealisme Figuratif
  • Diwakili oleh Max Ernst, Salvador Dali dan Rene Magritte  
    'The Persistence of Memory', 1931, Salvador Dali

    'Premonition of Civil War', 1936, Salvador Dali
Surealisme Abstrak
  • Juga dikenali sebagai Surealisme Non Figuratif
  • Diwakili oleh Jean (Hans) Arp dan Joan Miro
'Painting', 1933, cat minyak, Joan Miro

'Mountain Table, Anchors, Nayel', 1925, Jean Arp

No comments:

Post a Comment