Thursday 3 January 2013

Ekspressionisme

Definis Ekspressionisme
Kamus Dewan Edisi ke-3 : Ekspressionisme islah gaya penulisan, lukisan, muzik dan sebagainya yang cuba melahirkan pengalaman seniman dari sudut emosi (bukan berdasarkan fakta yang nyata).

Sejarah
  • Mula di Jerman
  • Pelukis menyuarakan rasa hati dan meluahkan tekanan serta kekecewaan melalui lukisan.
Subjek Utama
Merakamkan pelbagai imej yang menggambarkan potret, figura manusia, landskap dan alam benda.

Teknik
Imej dipermudahkan, diolah secara ekspresif, sapuan warna yang kasar dan garang, melahirkan perasaan seperti kemarahan, ketakutan, emosional dan imej secara abstark.

Media Utama
Cat minyak dan media campuran

  • Kumpulan Die Brucke atau The Bridge telah mengadakan pameran lukisan mereka yang pertama pada tahun 1905.
  • Kumpulan Der Blaue Reiter atau Blue Rider yang dipelopori oleh Franz Marc dan Wassily Kandinsky pula menghasilkan karya-karya yang bersifat lebih imaginatif, emosional, tidak keras dan lebih bersifat abstrak. 
  • Aliran ini memilih subjek seperti figura dan landskap dengan mengolah penggayaan dan warna yang diluahkan secara spontan yang kasar dan bebas.
  • Objek yang dilukis terdapat pemiutan (distortion). Kegelisahan dapat dilihat pada kesan aksi pelukis secara jelas melalui kebanyakan hasil kerja ekspressionisme.  
  • Karya Edvard Munch yang berjudul The Scream merupakan sebuah karya psikologi yang menggambarkan makhluk seakan-akan tengkorak yang melarikan diri daripada ketakutan dalam dirinya yang tidak dapat dilihat.  
Contoh-Contoh Karya
Karya Kandinsky yang berjudul Trancerse Line, 1923
Kirchner pula banyak menumpukan perhatian terhadap penghasilan kerya yang mengutamakan manusia.
Andre Derain, 'London Bridge'
Franz Marc, 'Der Mandrill', 1913
 

No comments:

Post a Comment