Friday 24 May 2013

Renaissance

  • Renaissance bermaksud "kelahiran semula" (re-birth) atau zaman 'cahaya'/keemasan/kegemilangan.
  • Di Eropah, idea "lahir semula" ini bermula pada bidang kesenian termasuk seni tampak dalam abad ke-14.
  • Ianya berkembang hingga ke dalam semua bidang sains, filosofi dan sebagainya dalam abad ke-16.
Pengertian Renaissance
  • Meningkatkan minat dalam kalangan orang barat terhadap catan, seni arca dan seni bina
  • Raja-raja dan kaum bangsawan menghiasi istana dan mahligai mereka dengan karya seni yang cantik dan bermutu.
  • Gereja-gereja juga dihiasi dengan seni arca dan catan serta dibina dengan kemahiran seni bina yang mengkagumkan. 
  • Pelukis-pelukis mendapat perhatian dan sanjungan masyarakat.
  • Kebanyakan mereka mempunyai pengikut dan penuntut yang ramai, yang membantu dan belajar mengenai seni.
Ciri-Ciri Seni Renaissance
  • Manusia sebagai pemusatan/tumpuan
  • Idea peniruan - penumpuan kepada saint dan anthony
  • Falsafah baharu
  • Menggunakan perspektif, ruang dan unsur-unsur seni lain
Perkembangan Renaissance
  • Renaissance terbahagi kepada 3 perkembangan mengikut kawasan iaitu 1.Renaissance Awal di Italy (The Renaissance in Florence), 2.Renaissance Pertengahan di Italy (The Renaissance in Venice), 3.Renaissance di kawasan Utara (Northern Renaissance)
1. Renaissance Awal di Italy
  •  Pembinaan gereja dan tempat ibadat menjadi tumpuan di Italy pada awal abad 14
  • Keadaan ini berlaku apabila ilmu ketuhanan mula disedarkan kepada penganut Kristian.
  • Giotto Frescoes - merupakan orang pertama memulakan idea seni bina gereja yang bersifat baru yang menggabungkan bentuk kun dan separa bulat yang menarik
  • Francesco Traini - telah menghasilkan mural yang bertajuk 'Triumph of Death' pada dinding Compo Santo di Pisa yang mengisahkan manusia dan kehidupan.
  •  Donatello - seorang pengarca yang terkenal pada awal zaman renaissance di mana beliau telah membawa banyak perubahan dalam penghasilan arca. Karyanya : St. George - dikatakan sebagai karya arca yang boleh berdiri sendiri pada ketika itu
  • Fillipo Brunelleschi - telah mengilhamkan seni rekaan pembinaan gereja dan bangunan dengan menggunakan rajah-rajah geometri dan pelan bangunan
  • Lorenzo Ghiberti - menggunakan teknik timbil bagi penghasilan karya arca yang dapat dibuktikan melalui karya 'The Story of Jacob and Esau'.
  • Sandro Botticelli - terkenal dengan catan mythologikal yang mempunyai kesan pengaruh Gothic dan kajian intelektual
2. Renaissance Pertengahan di Italy
  • Era ini merupakan kemuncak kepada tokoh seni pada zaman Renaissance.
  • Tokoh-tokoh yang terkenal pada zaman itu ialah Leonardo da Vinci dan Michelangelo Bounarroti. 
  • Leonardo da Vinci - orang yang menggerakkan ke arah kemuncak Renaissance di mana karya beliau tertumpu kepada bahagian muka manusia, mempunyai unsur-unsur saintifik, matematik dan lain-lain lagi. Karya terkenal : Mona Lisa
  • Michelangelo Buonarroti - Artis serba boleh. Karyanya dipengaruhi oleh karya Masaccip Froscoes dan Donatello. Banyak tertumpu kepada penghasilan arca, bentuk manusia dari pelbagai bahan terutama batu.  
3. Renaissance di Utara 
  • Netherland (Belanda) dianggap sebagai penggerak mula kepada kebangkitan era Renaissance di Eropah
  • Tokoh-tokoh di utara ialah Jan Van Eyck dan Albrecht Durer.  
  • Jan Van Eyck - Artis Belanda yang terkenal. Berlainan dari Leonardo yang cuba mengaitkan seni dan sains. Beliau lebih menumpukan kepada pendekatan pengamatan secara terperinci.
  • Albrecht Durer (1471-1528) - bukan sahaja seorang pakar geometri dan menulis tentang teori perspektif, kadar banding dan falsafah. Menggabungkan kemahiran kraf ukir dengan unsur-unsur Gothic dan Renaissance

No comments:

Post a Comment