Monday 31 December 2012

Plato

Pada pendapat Plato, 
  • Lukisan adalah tiga kali terpisah dari kebenaran. 
  • Seni dan pendidikan perlu dipandukan kepada kebenaran, kebaikan, kesempurnaan, kesejahteraan, dan keindahan.
  • Seni dibincang dengan kaitannya dengan perlakuan, akhlak, nilai dan moral untuk membawa kesejahteraan.
  • Seni dapat mencipta sesuatu persekitaran berkebudayaan dan meningkatkan perpaduan.
  • Bahasa persuasif menggunakan unsur persuasif seperti logik, perwatakan, dan nilai moral. 
  • Pembaca puisi memainkan perasaan dengan ilham yang diterimanya.  



    - Pada zaman dahulu, konsep seni telah dikaitkan dengan ilmu pengetahuan, kebaikan atau nilai moral, kesejahteraan dan keindahan.
    - Pada zaman Plato pula, estatik merupakan satu ilmu yang tersendiri.
    - Terdapat seni visual, seni muzik, seni tari, seni puisi, seni silat, seni teater dan lain-lain lagi dalam bidang seni hari ini.
    - Seni visual adalah bidang yang beri tumpuan kepada tampakan atau penglihatan.
    - Di bawah seni visual bidang seperti lukisan, catan, arca dan sebagainya.
     
    ~Plato telah membincangkan lukisan dengan konsep imitasinya dan puisi dengan konsep ilhamnya.
    ~Plato membandingkan lukisan dengan kebenaran.
    ~Pada beliau, pelukis yang melukis gambar objek meniru objek yang dibuat oleh tukang pembuat.
    ~Tukang pembuat objek itu pula meniru ideanya atau konsepnya mengenai objek itu.
    ~Idea atau konsep objek tukang pembuat itu pula meniru konsep sebenar objek itu yang diberi oleh Tuhan. 
    ~Maka, lukisan adalah tiga kali terpisah dari kebenaran.
     ~Mengikut Plato, walaupun cerita dalam puisi adalah tidak benar, penonton juga dapat mengikut sehingga menangis.
    ~Ini adalah sebab pembaca puisi mendapatkan ilham dari dewa dandengan itu dapat memainkan perasaan semasa membaca puisi. 
    ~Maka puisi itu bukan lmu mengenai kebenaran.
     

No comments:

Post a Comment