Monday 10 December 2012

Asas Seni Reka

Pemahaman dalam Asas Seni Reka sangat penting dalam setiap penghasilan karya seni visual. Hasil karya seni yang baik memerlukan pengetahuan mengaplikasikan asas seni reka..
UNSUR SENI
1. Garisan
- Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-sambung yang mempunyai jarak tertentu.
- Jenis-jenis garisan boleh dikelaskan berdasarkan penggunaan bahan atau teknik yg menentukan rupa bentuk dan sifatnya. (contohnya, pen marker akan memberikan garisan tebal)
- Garisan boleh diolah untuk mencipta rupa, jalinan, ton, corak, dan untuk menimbulkan bentuk, ruang, dan pergerakan.

2. Rupa
- Rupa adalah hasil pertemuan titik hujung dengan titik mula.
- Rupa adalah kawasan rata yang dilingkari garisan luar.
- Terdapat 2 jenis rupa iaitu :
Rupa Geometri
   a) rupa geometri seperti segi tiga, segi empat, piramid, bulat dsb
   b) rupa organik (rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnya)
Rupa Organik
- Rupa boleh diolah dalam bentuk :
   a) rupa positif (rupa objek yang terletak di sesuatu kawasan)



b) rupa negatif (ruang di sekeliling rupa sesuatu objek)


3. Bentuk
- Bentuk boleh didapati dalam 3 dimensi yang mempunyai panjang, tinggi dan lebar.
- Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu permukaan.
- Rangka bentuk ialah strukturnya, Struktur bentuk berbeza-beza mengikut pandangan yang berlainan.
- Terdapat 2 jenis bentuk iaitu :
   a) bentuk konkrit - bentuk objek sebenar yang bersifat 3-D, iaitu boleh dilihat, disentuh dan dirasai (bukan bentuk gambar)
   b) bentuk ilusi - bentuk visual yang bersifat 2-D yang digambarkan melalui lukisan atau catan

4. Jalinan
- Jalinan ialah kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda.
- Jalinan terdapat pada permukaan objek alam sekeliling dan juga objek buatan manusia. Setiap jalinan mempunyai fungsi dan nilainya yang tersendiri.
- Terdapat 2 jalinan iaitu
   a) jalinan sentuh (jalinan yang dapat dirasai dengan sentuhan/tangan seperti kolaj, arca dan catan teknik impasto dsb)
   b) jalinan tampak (jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai dengan tangan seperti corak batik, jalur buah tembikai dan gambar foto)

5. Ruang
- Ruang ialah kawasan kosong di sekeliling objek, jarak antara dua objek atau rongga dalam sesuatu objek.
- Objek yang berada di hadapan kelihatan lebih jelas dan besar berbanding dengan objek sama saiz yang berada di bahagian belakang.
- Terdapat 2 jenis ruang iaitu
   a) ruang nyata (ruang sebenar yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit)
   b) ruang tampak (ruang bukan sebenar iaitu ruang yang hanya dapat dilihat dalam seni tampak seperti lukisan, catan dan cetakan)

6. Warna
- Terdapat 3 jenis warna iaitu
   a) warna asas iaitu merah, biru dan kuning (tidak boleh dihasilkan dengan campuran warna)
   b) warna sekunder iaitu campuran dua warna asas
       ~ hijau = biru + kuning
       ~ jingga = kuning + merah
       ~ ungu = merah + biru
    c) warna tertier iaitu campuran warna asas dengan warna sekunder

Roda Warna

- Terdapat 3 gubahan warna iaitu
   a) warna harmoni - warna bersebelahan dalam roda warna (warna sekeluarga, selesa dan seimbang)
   b) warna penggenap - warna yang bertentangan dalam roda warna (menimbulkan kesan segar, kaya, kontra dan pergerakan.
   c) warna sewarna - hanya satu warna yang mempunyai pelbagai ton (daripada terang kepada gelap)

- Terdapat 2 suhu warna iaitu
   a) warna panas - warna antara warna merah ungu hingga kuning hijau pada roda warna (menimbulkan kesan bertenaga, garang, harapan, perang, meriah dsb)
   b) warna sejuk - warna antara hijau hingga ungu pada roda warna (menimbulkan kesan, sejuk, sedih, damai dan tenang)

PRINSIP REKAAN
'Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni visual. 
1. Harmoni
- Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai
- Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang
- Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna
- Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah
 
2. Kontra
- Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan
- Fungsi kontra adalah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan
- Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan
 
3. Penegasan
- Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan
- Fungsi penegasan adalah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan
- Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau asingkan objek yang hendak ditegasakan.
 
4. Imbangan
- Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan
- Terdapat 2 jenis imbangan iaitu
   a) imbangan simetri - unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah (garisan axis dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut)
   b) imbangan tidak simetri - unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai ciri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan

5. Irama & Pergerakan
- Pergerakan ialah keadaaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar dsb
- Fungsi irama dan pergerakan adalah untuk memberi kesan lebih hidup dan realistik terhadap sesuatu gubahan.
- Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dsb

6. Kepelbagaian
- Kepelbagaian wujud hasil daripada penggunaan pelbagai gaya, nilai dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan
- Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan
- Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan

7. Kesatuan
- Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan
- Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa

No comments:

Post a Comment