Monday 31 December 2012

Johan Heinrich Pestalozzi

Biodata Pestalozzi

  • Dilahirkan pada 12 Januari 1746 di Zurich, Switzerland 
  • Bapanya Johann Pestalozzi, telah meninggal dunia ketika beliau berusia 5 tahun. Beliau telah dibesarkan oleh ibunya Susanna Hotz Pestalozzi bersama-sama kakak serta seorang pembantu rumah. 
  • Beliau tidak pernah ke sekolah sehinggalah beliau mencapai usia 9 tahun. Pada peringkat awal persekolahannya, beliau tidak begitu menaruh minat dalam pembelajarannya.
  • Walaupun demikian, beliau telah berjaya melanjutkan dan menamatkan pengajiannya di Universiti Zurich (University Of Zurich).
  • Pestalozzi juga memberi komitmennya kepada keadilan sosial dan berminat dalam bidang inovasi yang dia telah ceburi pada awal persekolahannya. Keadaan ini membuatkan Pestalozzi semakin berminat dalam pendidikan. 
     
Konsep tentang Alam, Manusia dan Tuhan
Alam

Mula-mula Pestalozzi mengesan idea Rosseauo tetapi ditolaknya. Pestalozzi menggunakan istilahalam” yang sinonim dengan sesuatu yang asli boleh berkembang. Alam yang asli itu perlu diisi dengan sesuatu yang baik untuk menjaga keharmoniannya.
Manusia 
Manusia ialah bahagian integral dari alam yang mempunyai proses perkembangan pada diri mereka. Manusia khasnya kanak-kanak terdapat 3 tahap penting iaitu :
 i) pemikiran kanak-kanak masih kabur
ii) objek-objek muncul pada awalnya yang dibentuk melalui kualiti yang eksplisit 
iii) objek-objek ini dikatakan sebagai konsep-konsep umum atau menurut kata Pestalozzi “ditentukan”.

Tuhan 


Pestalozzi percaya warak atau patuh kepada Tuhan akan membawa kebijaksanaan dan semangat wira. Warak maksudnya alimberiman. Seseorang yang warak tidak melakukan perkara yang mungkar dan jahat seperti rasuah dan menyeleweng. Mereka juga dilihat tidak meninggalkan sembahyang dan rukun Islam yang lain.

Konsep tentang Pendidikan
Langkah yang digunakan
Cara yang ditekankan oleh Pestalozzi disebut Pestalozianisme. Cara beliau adalah seperti belajar tulisan dan geometri dan tidak beza dari mata pelajaran lain. Konsep ini menekankan kepentingan aktiviti mata,kepala dan tangan tetapi tidak pada keistimewaan seni yang membezakannya sebagai satu disiplin tersendiri. Pestalozzi juga percaya bahawa kerja tangan atau kraftangan mestilah juga diajar dengan menekankan konsep pendidikan sepanjang hayat terhadap aktiviti praktikal ini.

Menurut Pestalozzi, beliau memperkembangkan cara dengan pengasuhan dan pendidikan anak, iaitu Kepala, Hati dan Tangan.
Kepala : Alias intelektual yang dikembangkan adalah bahasa, lagu, tulisan, berhitung dan menggambar.
Hati : Mulai dari perasaan seperti cinta dan sabar hingga tingkat tertinggi, iaitu patuh kepada Tuhan.
Tangan : Berkaitan dengan kemampuan, praktis dan keterampilan.  
Tujuan Pendidikan
Tujuan pendidikan menurut Pestalozzi adalah modern civilization. Khususnya pembebasan diri dari kerumitan persepsi diri dan hal-hal yang tidak berguna. Menurut beliau, pengetahuan adalah untuk mendapatkan kebahagiaan.
 

No comments:

Post a Comment