Wednesday 12 December 2012

Anthony Lau

  • Lahir pada 1933 di Johor Bahru, menerima pendidikan seni di Brighton College of Art, Sussex, England pada 1957 dan Indiana University di Bloomington, Amerika Syarikat pada 1968.
  • Mempengaruhi pelukis-pelukis muda dan guru-guru seni lukis lewat 1950-an dengan konsep-konsep yang terbaru. 
  • Sumbangan utama beliau kepada kegiatan seni ialah dalam bidang arca, lebih dikenalsebagai seorang pengarca.
  • Ahli Friday Art Group dengan Syed Ahmad Jamal dan Jolly Koh.
  • Mempunyai sikap kukuh terhadap bahan dan ciri konvensional seni arca.    


Karya Anthony Lau
 
 "Rimba"
  • Tahun : 1967
  • Media: Arca besi
  • Tema : RimbaPeniruan alam
  • Gaya : Serpihan batang besi berbagai ukuran mencetuskan imej rimba yang  tandus. Susunan batang besi yang tinggi rendah, jarang dan padat, menimbulkan kesan tembus cahaya, serta timbulan garis yang berbeza-beza.
  • Nilai : Menunjukkan keindahan alam, peka kepada ciri-ciri perhubungan antara dahan, batang, dan ranting tumbuhan. Menonjolkan mesej kepentingan memelihara alam sekitar.  


"Hasil Laut" 
Media : Logam
Tema : Arca bentuk imajan konkrit hasil laut yang mempunyai sifat-sifat deskriptif
Gaya : Bentuk hasil gagah dan kuat melahirkan ruang dalaman dan luaran yan amat jelas. Jalur dan jalinan melencong menghasilkan gerakan yang penuh impak.
Nilai : Menjadi representasi kehidupan laut serta menampilkan kefahaman dan kemahiran mengolah bahan.
 

10 comments: