Monday 31 December 2012

Aristotle (384-322SM)

 

Pandangan Aristotle terhadap Seni...
  • Pelukis sebenarnya tidak meniru benda alam tetapi memberi struktur bentuk yang universal kepada benda alam.
  • Pembaca puisi sebenarnya tidak mendapat ilham dari dewa tetapi mencapai kartasis dengan struktur bentuk dalam cerita puisi itu. 
  • Aristrotle memberi penekanan terhadap penilaian dan struktur hasil atau karya.
  • Pelukis pokok tidak meniru pokok tetapi memberikan struktur bentuk yang universal kepada pokok. Maka seni itu adalah baik.
  • Dengan struktur bentuk dalam puisi, kita dapat melahirkan perasaan mengenai cerita dalam puisi. Maka seni boleh digunakan untuk membina budaya yang baik.  
  • Aristotle juga melihat seni sebagai elemen yang mendekatkan manusia dengan alam dan menggunakan istilah mimesis yang merujuk kepada proses meniru atau penghasilan semula kata-kata dan gerak-geri orang lain.
  • Dalam istilah mimesis yang digunakan oleh Aristotle, Aristotle menambahkan satu lagi syarat iaitu, satu potret yang dihasilkan itu haruslah lebih cantik atau kacak daripada model asal.
  • Beliau bukan sahaja memberi penekanan terhadap ketepatan peniruan seperti Plato tetapi menambahkan satu lagi aspek yang penting iaitu kreativiti pelukis untuk menghasikan hasil seni yang cantik dan unggul.
  • Aristotle bersetuju dengan pandangan Plato yang mengatakan bahawa seni itu dihasilkan berdasarkan dengan emosi terhasil dengan meniru sesuatu objek dunia fizikal.
  • Tetapi, beliau juga menegaskan bahawa di samping seni menimbulkan emosi, ia juga merupakan satu sumber pengetahuan.
  • Aristotle menerangkan bahawa melalui seni manusia dapat mempelajari cara untuk mengawal dan menggunakan emosi mereka.
    ->memberi pengetahuan kepada manusia untuk mengawal emosi


    Sejarah perkembangan teori sastera dapat disusuli daripada tradisi Greek. Plato boleh dianggap sebagai tokoh pemikir yang terawal yang membicarakan soal seni. Idea-idea Plato tentang seni terakam dalam beberapa karyanya seperti Ion, Crito, The Republic dan tulisan-tulisan lain.
    Perbincangan Plato dalam karya-karyanya itu banyak menyentuh hal yang berkait dengan kebenaran, keindahan, kebaikan, moral, etika, struktur masyarakat dan realiti.  



    Bertolak daripada pemikiran Plato, muncul pula tanggapan lain terhadap seni oleh anak muridnya iaitu Aristotle. Secara kontradik, Aristotle menolak beberapa pemikiran gurunya (Plato) tentang konsep seni dan penyair. Jawapan-jawapan kepada pandangan Plato ditulis oleh Aristotle dalam siri kuliahnya yang berjudul Poetics.

No comments:

Post a Comment