Tuesday 1 January 2013

Kumpulan, Angkatan dan Persatuan Seni Lukis Malaysia

Penang Impressionists

Wednesday Art Group

Penang Art Council
Sejarah
  • The Penang Art Council berada di 5th Floor, Wisma Penang Garden, 42 Jln Sultan Ahmad Shah, Georgetown.
  • Presiden The Penang Art Council ialah Pamela Ong.
Sumbangan 
  • Setiap tahun, pada bulan Disember, persembahan teater, tarian kontemporari dan tradisional, pameran seni dan fotografi serta konsert muzik klasik dan moden akan berlangsung di Penang.
  • Sebahagian daripada persembangan di atas ditaja oleh The Penang Art Council
Majlis Kesenian Melayu
Sejarah
  • Ditubuhkan pada tahun 1956
  • YTM Tunku Abdul Rahman Putra sebagai penaungnya
  • Pada 1958, nama Majlis Kesenian Melayu ditukar kepada nama Angkatan Pelukis Semenanjung (APS)
  • Seterusnya, pada 1964, ia telag diubah kepada Angkatan Pelukis SeMalaysia (APS)  
Pengasas
  • Dipengerusikan oleh Mohammed Hoessein Enas
  • Setiausahanya ialah Idris Salam
  • Mereka menumpahkan sepenuh jiwa dan raganya untuk membina seni tampak di negara ini.
Kepentingan Angkatan Pelukis SeMalaysia (APS)
  • Memperjuangkan nasib semua pelukis di negara ini selain menjadi medium penghubung antara golongan itu dengan kerajaan
  • Memperluaskan konsep dan pendekatan dalam seni catan realisme yang menampilkan identiti Melayu
Tujuan Penubuhan APS
  • Menyatupadukan peminat-peminat seni lukis di seluruh Malaysia
  • Mengutamakan seni yang berkeperibadian Malaysia sebagai teras seni kebangsaan
  •  Memelihara dan memperjuangkan seni kebangsaan
  • Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan kesenian khasnya seni lukis kebangsaan dan antarabangsa untuk kepentingan serta kemajuan APS dan seni kebangsaan

Ciri-Ciri Istimewa APS
  • Catan berbentuk manusia secara realisme menggunakan media cat minyak dan pastel
  • Mempunyai pengikut yang ramai dari kalangan pelukis berpendidikan Melayu 
  • Selepas 1970-an, pelbagai gaya catan telah bercampur 
Aktiviti-Aktiviti
  •  Pada tahun 1959, kelas melukis potret telah diadakan di bangunan PBMS. Kelas ini terus berkembang dan akhirnya menjadi 4 buah kelas.
    • Kelas potret oleh Mohd Hoessein Enas
    • Kelas arca oleh Idris Salam
    • Kelas grafik oleh Zakaria Noor
    • Seni dalaman oleh Habibah Baharuddin   
Hasil Karya/Aliran
  • Gaya seni lukis APS banyak dipengaruhi oleh gaya naturalis dan realisme. Hanya selepas tahun 1970-an, pelbagai gaya telah bercampur.
Persatuan Pelukis Malaysia
Sejarah
  • Ditubuhkan pada tahun 1979 dengan nama Persatuan Pelukis-Pelukis Nasional
  • Ditukarkan ke nama Persatuan Pelukis Malaysia (PPM) pada tahun 1980
  • Persatuan ini tidak terikat dengan aliran-aliran atau pengaruh tertentu, ahli-ahli berkarya mengikut gaya masing-masing.
  • PPM dikatakan sebagai payung kepada pelukis-pelukis Malaysia kerana kemampuannya menggabungkan pelukis-pelukis Malaysia untuk menjalankan aktiviti yang memenuhi hasrat memajukan Malaysia dalam bidang seni lukis. 

Jawatankuasa peringkat awal 
  • Syed Ahmad Jamal (Presiden)
  • Yeoh Jin Leng
  • Mazli Mat Som
  • Ahmad Khalid Yusoff 
  • Ruzaikha Omar Basree
  •  Redza Piyadasa
  • Lee Kian Seng
  • Hassim Hassan
  • Dan lain-lain
Objektif
  • Memenuhi kehendak pelukis tempatan untuk mewujudkan sebuah badan persatuan yang serius dalam mewakili pelukis
  • Memajukan perkembangan seni lukis di Malaysia
  • Menjadikan seni lukis sebagai satu elemen yang penting dalam pembangunan negara
  • Menjadi unsur tenaga daya kreatif yang penting ke arah kesempurnaan jiwa bangsa dan nadi negara 
  • Menjaga dan memperbaiki keadaan pelukis Malaysia
  • Bekerjasam dengan kerajaan dan badan lain tentang hal yang berkaitan dengan seni lukis Malaysia
  • Menolong dan menggalakkan aktiviti seni lukis (di dalam dan di luar negara) 
Aktiviti-Aktiviti
  • Mengadakan pameran perdana
  • Mengadakan ceramah, bengkel dan juga seminar tentang seni lukis
  • Menerbitkan majalah seni
  • Memberikan khidmat nasihat kepada pelukis-pelukis yang ingin mengadakan pameran    
  • Persatuan ini tidak terikat ataupun terpengaruh dengan mana-mana aliran
  • Ahli-ahlinya bebas untuk berkarya mengikut gaya masing-masing
  • PPM berkemampuan untuk menggabungkan pelukis seluruh Malaysia untuk menjalankan aktiviti yang dapat membantu dalam memajukan Malaysia dalam bidang seni lukis
Kumpulan Anak Alam

Sejarah Penubuhan
  • Ditubuhkan pada tahun 1974
  • Bertempat di Kuala Lumpur
  • pengasasnya Abdul Latiff Mohidin
  • Turut disertai oleh Zulkifli Dahalan, Ali Rahamat dan Abdul Ghafar Ibrahim 
Ciri-Ciri

  • Kumpulan ini tidak mempunyai prinsip stail yang khusus ini untuk melahirkan pelbagai bentuk dan gaya seni.
  • Unsur-unsur Picaso dan Surelisme wujud dalam karya-karya Ali Rahamat. Manakala karya Zulkifli Dahalan dan Mustapha Ibrahim memiliki tatabahasa kartun dan karikatur.
Aktiviti
  • Kumpulan yang menjurus kepada peranan individu dalam memperkembangkan dan meluaskan skop seni itu turut melibatkan dengan teater dan puisi.
  • Ahli-ahli berkarya dan tinggal bersama-sama untuk menekankan semangat kebebasan romantik


No comments:

Post a Comment