Tuesday 1 January 2013

Akademi, Institut, Maktab dan Universiti Seni Lukis

UMS
  • Galeri UMS diwujudkan bagi mempamerkan pelbagai hasil penyelidikan dan kecemerlangan akademik yang meliputi bidang kejuruteraan, sains dan teknologi, ekonomi dan perniagaan, sastera, seni dan sebagainya.
  • Galeri UMS merupakan showcase penyelidikan ahli-ahli akademik di sekolah-sekolah dan institut-institut yang terdapat di UMS.
  • Bahan yang dipamerkan meliputi hasil penyelidikan yang sedang dijalankan mahupun penyelidikan yang telah memenangi anugerah dan mendapat pengiktirafan di dalam dan luar negara.

Balai Seni Lukis Negara (BSLN)


Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI)
Sejarah
  • Sultan Idris Teaching College (SITC) ditukarkan namanya kepada Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI)
  • Dirasmikan pada 28 November 1922 oleh Sir W. George Maxwell (Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Melayu Bersekutu).
  • Nama Sultan Idris adalah diambil sempena nama Almarhum DYMM Paduka Seri Sultan Idris Mursidul Adzam Shah, iaitu Sultan Perak yang ke-28.
  • 21 Februari 1987, ia dinaikkan taraf menjadi institut dan dikenali dengan nama Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI).
  • Institusi ini dinaikkan taraf menjadi sebuah universiti bagi memenuhi hasrat kerajaan memberi peluang pendidikan yang lebih tinggi kepada rakyat khususnya untuk melahirkan golongan pendidik yang berwibawa serta mampu menghadapi cabaran di alaf baharu.
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditubuhkan pada 1 Mei 1997 melalui warta  
Visi
  •  Menjadi Universiti yang bitara, cemerlang dalam kepimpinan pendidikan berlandaskan kegemilangan sejarah serta meneraju perubahan global
Misi
  • Menjana dan menatar ilmu menerusi pengajaran, penyelidikan, penerbitan, perundingan dan khidmat masyarakat dalam konteks pembangunan insan untuk mencapai wawasan negara
Sumbangan
  • 1922-Penubuhan MPSI memberi latihan perguruan dan semua wajib mempelajari kesemua mata pelajaran termasuk lukisan, pertanian dan pertukangan.
  • Melahirkan tokoh pelukis yang mempunyai 'sudut pandangan Melayu' yang mengetengahkan hal benda tempatan. Antara tokoh seperti Mohd Said Hj. Hussain dan Idris Hj. Salam.
  • Antara mata pelajaran : Pekerjaan tangan - kerja membuat raga dianggap paling sesuai kerana bahan-bahan mudah didapati (seni pertukangan asli). Perkakasan tidak banyak dan mudah, bahan-bahan untuk kegiatan itu ditanam di sekitar maktab.
  • Sukatan Pelajaran
    • Tahun Pertama : Penuntut dikehendaki menggunakan mengkuang. Mereka juga dikehendaki mencipta corak-corak baharu dengan menggunakan rotan dan buluh. 
    • Tahun Kedua : Sambungan kerja tahun pertama
    • Tahun Ketiga : Penggunaan rotan dan buluh dengan lebih meluas   
Universiti Sains Malaysia (USM)

Sejarah
  • USM ditubuhkan sebagai universiti kedua di Malaysia pada 1969 dan pertama kali dikenali sebagai Universiti Pulau Pinang.
  • Pada masa yang sama, ia beroperasi di Bukit Gelugor, Pulau Pinang.
  • Pada 1971, kampus USM dialihkan ke kawasan yang berkeluasan 239.4 hektar yang mana ia merupakan bekas kawasan berek tentera. 
Sumbangan kepada Seni Tanah Air
  • Pada 1974, Abdul Latif Mohidin telah menghidupkan pendekatan yang baharu dalam kalangan ahli-ahli muda dan menubuhkan Kumpulan Anak Alam sebagai kumpulan serpihan Angkatan Pelukis SeMalaysia.
  • Kemudian, Persatuan Pelukis Malaysia dotubuhkan pada 1980 dengan hasrat mewujudkan sebuah badan yang betul-betul mewakili pelukis, memperbaiki kedudukan pelukis dan bekerjasama dengan kerajaan mengenai hal-hal yang berkaitan dengan seni lukis di Malaysia dan di luar negara.
  • Penubuhan Pusat Seni di USM pada 1984 telah melahirkan guru-guru pemegang ijazah bagi institut, maktab dan sekolah-sekolah serta para profesional yang lebih maju dan mahir dalam bidang seni halus.
  • Melahirkan tokoh-tokoh seperti Ismail Hashim, Zakaria Ali dan Reza Piyadasa.
  • Kursus Ijazah selam 3 tahun ditawarkan oleh Jabatan Kemanusiaan. Ini termasuk Studio Seni Lukis dan Sejarah Seni Lukis dan Kemanusiaan.
  • USM menawarkan kursus Seni Halus bagi catan, fotografi, teori-teori seni, seni arca, reka bentuk grafik, aspek-aspek Seni Asia Tradisional, aspek-aspek Kesenian Asia Moden dan latihan ilmiah.   
  • USM juga menawarkan kursus Master of Art dalam Sejarah Seni Lukis.
  • Institut dan akademi seni swasta yang ditubuhkan di sekitar negara juga telah memberi sumbangan mengeluarkan tenaga seni dalam pelbagai bidang.
  • Badan-badan swasta seperti firma-firma petroleum dan para peminat seni yang berada telah mula membeli karya-karya untuk dijadikan koleksi simpanan.   
  • Kemudian, awal tahun 1980-an mengemukakan bidang kanvas yang lebih luas dan menarik dengan munculnya catan pemandangan yang naif, sambungan akademik aliran realisme dan karya-karya yang menyedut inspirasi dari mitos dan lagenda yang karya di rantau ini. 
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Latar Belakang
  • Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif merupakan fakulti yang mempunyai pensyarah-pensyarah yang mahir dalam seni terutamanya seni halus.
  • Bakat yang tersendiri seperti menghasilkan karya catan, cetakan, arca dan kraftangan.
  • Lokasi yang sistematik menyebabkan UNIMAS mempunyai peluang untuk melahirkan golongan mahasiswa dan mahasiswi dalam bidang seni. 
Sumbangan Seni UNIMAS
  • Penggunaan Kendi dan Tempayan Dalam Masyarakat Peribumi Sarawak dalam Seminar "Kendi dan Tempayan : Antara Hidup dan Mati" pada 6 Jun 2006 di muzium negeri Selangor
  • Pantang-larang sebagai warisan budaya masyarakat Iban di Sarawak dalam Persidangan Seni Budaya dan Warisan pada 3-5 Ogos 2006 di PWTC Kuala Lumpur.
  • Tenunan Kain Pua dalam Masyarakat Iban di Sarawak dalam Persidangan Antarabangsa : Tenun Nusantara : Kesinambungan Tradisi dan Budaya pada 12-14 Mei 2009 di Kuantan, Pahang Darul Makmur.
  • Jenis-jenis Tenunan Kain Pua Iban di Sarawak dalam Seminar Akar Budaya Seni Warisan Malaysia : Sumbangan kepada Gagasan 1 Malaysia pada 20 Oktober 2009 di Kuala Lumpur
  • Tenunan motif-motif kain pua Iban di Sarawak dalam Pameran-Persidangan Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIMAS di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 10 Julai 2010.
  • Sikap minoriti dalam mempertahankan identiit sendiri dalam konteks negara baru mereka : Kain Pua Iban dalam Persidangan Antarabangsa : Minoriti dan Majoriti : Bahasa, Budaya dan Identiti di Hilton Kuching, Sarawak pada 23-24 November 2010  
Institut Teknologi Mara (ITM)
Sejarah
  • Institut Teknologi Mara (ITM) merupakan pusat pengajian tinggi yang ditubuhkan pada tahun 1967 di Kuala Lumpur.
  • Sebelum ini, ITM dikenali sebagai Maktab MARA yang ditubuhkan pada 1965.
  • Kini, ITM telah bertukar nama kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM).   
Objektif
  • Memperkembangkan kecenderungan dan bakat individu pelajar dalam bidang seni.
  • Menyediakan pelajar bagi mendapatkan pekerjaan yang baik dalam sektor swasta dan awam.
  • Menyedarkan kesedaran bagi perubahan terhadap alam sekitar, kebudayaan dan masyarakat.
  • Menggalakkan penyertaan dan masalah kesenian, analisis, pengetahuan dan pengumpulan data untuk memberi sumbangan pembaikan.
  • Melahirkan usahawan Melayu dalam bidang seni tertentu dengan mengadakan latihan kemahiran secara profesional hingga peringkat diploma. 
Kakitangan Pengajar pada peringkat awal
  • Redza Piyadasa, Chong Kam Kau, Tan Teong Eng, Sulaiman Esa, Joseph Tan dan lain-lain telah mengambil alih peranan kakitangan Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) yang sebelum ini memainkan peranan penting dalam bidang seni lukis avantgrade negara.  
  • Mereka menanamkan semangat yang memberangsangkan dalam kalangan pelajar, pada pelukis sejawat serta masyarakat seni keseluruhannya pada awal 1970-an. 
Akademi Seni Nanyang
Sejarah Penubuhan
  • Terbentuk hasil daripada penghijrahan pelukis-pelukis Cinake Asia Tenggara, khususnyaSingapura, akibat perlanggaran tentera Jepun ke atas China pada tahun 1936.
  • ²Merupakan akedemi yang awal ditubuhkan di negara ini atas usaha beberapa orang pelukis yang datang dari China di sekitar tahun 1930-an.
  • Kumpulan pertama adalah 14 orang sahaja
  • Terdapat 3 orang tenaga pengajar sepenuh
Pengasas/Ahli Persatuan
  • Lim Hak Tai
    • Merupakan pengasas kepada Akademi Seni Nanyang
    • Menerima pendidikan di Kolej Perguruan Seni Amoy (Amoy Art Teacher's Training College) dalam bidang matematik, pendidikan seni dan catan barat 
  • Kao Fei Tse (pensyarah asas lukisan)
  • Chang Meng Tee (pensyarah grafik)
  • Chung Ting Wei (pensyarah sambilan)
Ciri Keistimewaan
  •  Akedemi in iditutup semasa Perang Dunia Kedua (1941-1945)
  • Akademi ini dibuka semula pada tahun 1946 tetapi menghadapi masalah kewangan.  
  • Jutawan Tseng Chee Dahy dan Tsai Yan Fu dilantik sebagai lembag apengarah untuk menyelesaikan kesulitan.
Pelukis tempatan keluaran Akademi Seni Nanyang

  • Chung Chen Sun
  • Cheah Yew Saik
  •  Jehan Chan
  • Khoo Sui- Ho
  • Kuo Ju Ping 
  •  Le Chek Wan
  • Lai Foong Moi
  • Tan Choon Ghee
  • Tew Nai- Tong 
Kursus Tawaran
  • Mengikut model akademi beaux-arts (akademi seni halus kerajaan Perancis sebagai institusi seni yang paling penting di dunia)
  • Mula menawarkan kursus peringkat diploma yang mengambil masa tiga tahun pada tahun 1950-an.
Gaya Catan
  • Di pengaruhi oleh catan Eropah aliran Impresionis, Port-Impresionis, Fauvisme, Kiubisme, ekspresionisme dan ekspresionisme abstrak, tidak ketinggalan juga gaya lukisan dan catan China
The Thursday Art Group 


Sumbangan Pelukis dan Pengaruh Stail dan Aliran

  • Kumpulan pelukis keluaran Akademi Seni Nanyang seperti Lai Fong Moi dan yang lain membawa balik gaya catan yang dipengaruhi oleh beraneka aliran catan Eropah dan Cina.
  • Menjelang 1957, seni menjadi suatu simbol yang  menyatupadukan rakyat Malaysia.
  • Alam seni Malaysia telah mula berubah daripada bertaraf picisan kepada bertaraf antarabangsa.
  • Kesedaran baru, sikap tanggungjawab dan pembangunan seni lukisan adalah selaras dengan kewajipan dan penglibatan pelukis disebabkan pelukis tanah air elah mendapat pendidikan seni secara formal di luar negara.
     


6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Kalau nk jadi seorng pelukis,bidang apa yng perlu diambil smasa mlnjutkan pljran di Universiti???

    ReplyDelete
  3. Hi could anyone suggest where i can do an off campus degree or master in Fine Arts in Malaysia.

    ReplyDelete
  4. Lepasan spm sesuai maktab terus ke terus universiti untuk memohon diploma bahagian seni visual?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maktab sekarang dipanggil ipg, terus buat ijazah. Kebiasaannya universiti lain hanya menawarkan diploma dahulu baru ijazah

      Delete