- Nama : Nik Zainal Abidin Nik Salleh
- Tempat Lahir : Kota Bharu, Kelantan
- Pendidikan :
- Tidak mendapat pendidikan formal tentang seni
- Pernah menerima pendidikan asal seni lukis daripada Cikgu Nik Madmod Nik Idris bersama-sama Yusof Abdullah
- Keahlian : Ahli APS dan Wednesday Art Group
- Pernah bekerja sebagai pereka di RTM
- Karya Lukisan
- Puja Pantai (1958)
- Wayang Kulit Kelantan (1959)
- Seni Melayu (1959)
- Semar and His Lover (1962)
- Bangau (1962)
- Durupadi (1970)
- Maharaja Boma (1960)
- Salasilah (1961)
- Wayang Melayu (1982)
- Wayang Kulit 1 (1961)
- Wayang Kulit Kelantan, Salasilah dan Wayang Kulit 1, Nik Zainal benar-benar mengangkat watak-watak dari tradisi Wayang Kulit Kelantan.
- Semar and His Lover, Durupadi, Maharaja Boma dan Wayang Melayu, watak-watak dari Wayang Kulit Purwa dan Wayang Melayu diterapkan.
- Dalam koleksi penulis sendiri terdapat dua buah karya Nik Zainal yang berjudul Keluarga Siti Dewi (1963) dan Pahlawan Tanah Jawa (1963).
- Nik Zainal juga membuat gambar patung wayang Kulit Kelantan untuk buku Wayang Kulit De Kelantan - Theatre d’ombres de Malaysia (1971).
- Melalui karya-karya beliau yang beridentitikan seni tradisi Kelantan ini, Nik Zainal adalah antara pelukis moden terawal Malaysia yang menemukan bentuknya yang tersendiri.
- Beliau dengan rajin dan tekun mengembangkan bakatnya sebagai pelukis dengan meminjamkan kemahiran membuat lukisan dari dunia wayang dan bayang.
- Beliau telah memberikan kesan yang lain apabila dia begitu setia kepada alam dan dunia pilihan beliau.
Kelebihannya.....
- Merakamkan pelbagai bentuk wayang kulit yang ada di Malaysia seperti Wayang Kulit Kelantan, Wayang Purwa dan Wayang Melayu.
- Identiti budayanya ditumpukan kepada watak-watak patung Wayang Kulit yang dirakam dari luar kelir atau pun di hadapan kelir. Rakaman itu bukan sahaja secara tersusun sebagai penonton sebuah persembahan di depan panggung, tetapi Nik Zainal memiliki kaedah dan gaya penyusunan yang memikat dan menarik dan menggambarkan kepakaran dirinya dalam memindahkan tradisi wayang kulit Kelantan ke atas kanvas mahupun ke dalam warna airnya.
Pekarya : Nik Zainal Abidin
Tahun : 1959
Media : Cat minyak atas Kanvas
Tema : Mencerminkan kekayaan dan keindahan budaya tempatan
Gaya : Catan melukiskan kesedaran kepada kesenian peribumi yang indah dan dekoratif dalam pengolahan permukaan dan ruang cetek
Nilai : Mencerminkan penampilan kesenian tradisi sebagai subjek karya yang bertunjangkan budaya serantau, khususnya berjaya menonjolkan budaya negeri Kelantan
No comments:
Post a Comment