Showing posts with label Tokoh Seni Tempatan. Show all posts
Showing posts with label Tokoh Seni Tempatan. Show all posts

Thursday, 13 December 2012

Yong Mun Seng (1896-1962)


  • Nama asal : Yong Yen Lang
  • Tempat Lahir : Kuching, Sarawak. 
  • Beliau menukar namanya menjadi Yong Mun Sen pada tahun 1922.
  • Beliau dikenali sebagai ‘Father of Malaysian Painting’.
  • Walaupun dilatih dalam bidang lukisan berus formal Cina dan kaligrafi di Kwangtung, China, beliau lebih tertarik pada cat air dan sebagai artis beliau tertarik pada cat air dan seterusnya cat minyak.
  • Mun Seng terkenal dengan lukisan pemandangan dalam cat air yang mempunyai unsur seni China.
  • Selepas kematiannya pada tahun 1962, karya-karyanya diberi penghormatan dan penghargaan yang tinggi dalam Seni Malaysia.
  • Beliau mempunyai dua anak yang mengikut jejaknya iaitu Cheng Wah dan Kheng Wah.


Seaside Village, 1950, Watercolour


Bamboo Trees, 1954, Watercolour

 

Tay Hooi Keat (1910-1989)


        - Lahir di Nibong Tebal,Pulau Pinang, 1910. 
     - Menerima pendidikan seni secara formal di:
   ~Camberwell School of Art, England 
   ~Intermediate Art and Craft, London    
   ~Graphic School of Art, London
   ~Berkahwin dengan rakan sekerjanya, Tan Ghek Khean,  1931
- Menubuhkan Majlis Pendidik-pendidik Seni Pulau Pinang dan menjadi pengerusi yang pertama

- 1936 - bertemu dengan Yeong Mun Sen

- Menjadi salah satu ahli pengasas serta menjadi bendahari Kelab Seni Lukis Cina Pulau Pinang (Penang Chinese Art Group).

- Mengajar di Sekolah Perempuan St. Georges sehingga tahu 1954

- 1957 – dilantik sebagai Nazir Seni Lukis Sekolah-sekolah

- 1969 – persaraan

- Digelar “Lau Hor” kerana kesungguhan serta kegigihan beliau melaksanakan perubahan dalam pendidikan seni

•1955 – mengadakan pertunjukkan perseorangan yang kedua

•1968 – pertunjukkan perseorangan yang ketiga

•Merangkumi bidang akademik realisme, impresionisme, post-impresionisme, kubisme dan abstrak ekspresionisme

•Diberi penghormatan oleh Muzium dan Galeri Seni Lukis USM diatas peranan beliau sebagai pendidik dan pejuang seni lukis

•1986 - dianugerahkan pingat Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara (DMPN) oleh Gabenor P.P
 Hasil Karya
Pondok Melayu, Pulau Pinang, Dakwat, 1952 
Jalan Pinang, Cat Minyak, 1955 
Pemandangan Pohon, Cat Minyak, 1959 
Pemandangan Pohon, Campuran, 1961 
Kapal Haji, Cat Minyak, 1966






The Cross
Oil on canvas 






         In The Garden
         Watercolour 






Fishermen Village
Oil
1956
Houses on Stilts
Watercolour
 

Syed Ahmad Jamal





    
      - Dilahirkan pada 19 September 1929 di Bandar Maharani,  Muar, Johor.
      Mendapat pendidikan awal di Sekolah Tambatan Rendah, Johor Bahru
      - Chelsea School of Art (1951-1955), Institute of Education, London University (1955-1956), School of Art Institute Chicago (1963-1964) dan University of Hawaai, Honolulu (1973-1974).
- Beliau bertugas di Muzium Seni Asia, Universiti Malaya dan kemudianya dilantik sebagai Pengarah Pusat Kebudayaan, Univerisiti Malaya pada tahun 1979.
- Beliau dilantik sebagai Pengarah Balai Seni Lukis Negara pda tahun 1983 hingga 1991.
- Beliau telah memenangi banyak pertandingan  di tempatan dan juga luar negara.
- Beliau memenangi johan  dalam Pameran Seni Johor (1950), Summer Competition - Chelsea School of Art London (1954), Federation Art Competition - Kuala Lumpur (1962), dan juga National Bank of Malaysia Mural Competition.
- Selain melukis dan menyertai pelbagai pameran berkumpulan dan solo, beliu juga menerbitkan buku-buku kesenian yang penting. Antaranya :
  - Rupa dan Jiwa (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka 1992)

  - Kunang-Kunang : Kenang-kenangan Syed Ahmad Jamal Seniman Negara (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka 1999)

  - Banyak catalog pameran yang menjadi sumber rujukan bidang seni lukis di Negara ini.

Syed Ahmad Jamal telah menerima pelbagai anugerah:
  - Ahli Mangku Negara(1969);

  - Kesatria Mangku Negara (1983);

  -  Asean Cultural Award – Visual Art (1987) dan pada 1995,

  - dianugerahkan Anugerah Seni Negara

  - dianugerah Panglima Jasa Negara pada 1996.



      Bumi dan Langit I
      1998
      Acrylic on Canvas
       
 







                         The Bait
                         1959
                         Oil on Board
                         122cm x 154cm 

Nik Zainal Abidin

Biodata
  • Nama   : Nik Zainal Abidin Nik Salleh
  • šTempat Lahir  : Kota Bharu, Kelantan
  • šPendidikan   :
    • šTidak mendapat pendidikan formal tentang seni
    • šPernah menerima pendidikan asal seni lukis daripada Cikgu Nik Madmod Nik Idris bersama-sama Yusof Abdullah
  • šKeahlian   : Ahli APS dan Wednesday Art Group
  • šPernah bekerja sebagai pereka di RTM
  • Karya Lukisan
    • Puja Pantai (1958)
    • Wayang Kulit Kelantan (1959)
    • Seni Melayu (1959)
    • Semar and His Lover (1962)
    • Bangau (1962) 
    • Durupadi (1970)
    • Maharaja Boma (1960)
    • Salasilah (1961)
    • Wayang Melayu (1982)
    • Wayang Kulit 1 (1961)
     
     
- Puja Pantai, Seni Melayu dan Bangau, elemen Wayang Kulit telah diterapkan.
š- Wayang Kulit Kelantan, Salasilah dan Wayang Kulit 1, Nik Zainal benar-benar mengangkat watak-watak dari tradisi Wayang Kulit Kelantan.
š- Semar and His Lover, Durupadi, Maharaja Boma dan Wayang Melayu, watak-watak dari Wayang Kulit Purwa dan Wayang Melayu diterapkan.  

 
  • Dalam koleksi penulis sendiri terdapat dua buah karya Nik Zainal yang berjudul Keluarga Siti Dewi (1963) dan Pahlawan Tanah Jawa (1963).  
  • Nik Zainal juga membuat gambar patung wayang Kulit Kelantan untuk buku Wayang Kulit De Kelantan - Theatre d’ombres de Malaysia (1971).
  • Melalui karya-karya beliau yang beridentitikan seni tradisi Kelantan ini, Nik Zainal adalah antara pelukis moden terawal Malaysia yang menemukan bentuknya yang tersendiri.
  • Beliau dengan rajin dan tekun mengembangkan bakatnya sebagai pelukis dengan meminjamkan kemahiran membuat lukisan dari dunia wayang dan bayang.
  • Beliau telah memberikan kesan yang lain apabila dia begitu setia kepada alam dan dunia pilihan beliau.  

Kelebihannya..... 
  • Merakamkan pelbagai bentuk wayang kulit yang ada di Malaysia seperti Wayang Kulit Kelantan, Wayang Purwa dan Wayang Melayu.
  • š Identiti budayanya ditumpukan kepada watak-watak patung Wayang Kulit yang dirakam dari luar kelir atau pun di hadapan kelir. Rakaman itu bukan sahaja secara tersusun sebagai penonton sebuah persembahan di depan panggung, tetapi Nik Zainal memiliki kaedah dan gaya penyusunan yang memikat dan menarik dan menggambarkan kepakaran dirinya dalam memindahkan tradisi wayang kulit Kelantan ke atas kanvas mahupun ke dalam warna airnya.
 
 
Tajuk : Wayang Kulit Kelantan
Pekarya : Nik Zainal Abidin
Tahun : 1959
Media : Cat minyak atas Kanvas
Tema : Mencerminkan kekayaan dan keindahan budaya tempatan
Gaya : Catan melukiskan kesedaran kepada kesenian peribumi yang indah dan dekoratif dalam pengolahan permukaan dan ruang cetek
Nilai : Mencerminkan penampilan kesenian tradisi sebagai subjek karya yang bertunjangkan budaya serantau,  khususnya berjaya menonjolkan budaya negeri Kelantan
š

Lai Foong Moi (1931-1995)



  • Lahir di Seremban
  • Menerima pendidikan seni formal di Akademi Seni Nanyang, Singapura pada 1950, kemudian di Ecoles des Beaux Arts Academy, Paris, Perancis pada 1954.
  • Seorang pelukis penting “Nanyang” yang menggabungkan pengaruh post impressionis dan struktur gambar Cina dalam karyanya.   




Waktu Pagi di Kampung
1959
Cat minyak
Koleksi Balai Seni Lukis Negara
100.6cm x 52.9cm 






                            Labourer (Lunch Break)
                            1965
                            Oil on Canvas
                            103.7cm x 66.5cm

Johan Marjonid


  • Lahir di Ayer Baloi, Pontian, Johor, Malaysia. 
  • Sekarang berada di Kajang,Malaysia. 
  • Meneruskan pelajaran  Ijazah Sarjana Muda Seni Halus di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam pada 1992. 
  • Pelukis yang menggunakan stail realisme
  • Terkenal untuk lukisan jenis: Seni Lukis Hutan Hujan Tropika-realistik. 
  • Medium yang beliau gunakan: warna minyak, water colour, arang dan pensil
  • Merupakan pelukis sepanjang masa.
  • Hasil karya beliau pertama sekali dipamerkan di Balai Senilukis Negara.
  • Beliau dijemput ke Hannover,Germany untuk mempamerkan karya Rainforest Painting Demonstration beliau di World Expo 2000.  




Mt Brinchang Series - Cool Afternoon at Brinchang Mossy Forest
  • Mt. Brinchang, gunung tertinggi di Cameron Highland
  • Medium : arcylic on canvas
  • Tahun : 2008 





    

                                   Arca Alam Royal Belum
Medium: acrylic on canvas
                                   Tahun: 2006






 

Ismail Mustam


  • Ismail Mustam
  • Lahir di Sungai Air Tawar, Selangor pada tahun 1944
  • Ahli muda Wednesday Art Group dan mendapat tunjuk ajar daripada Patrick Ng Kah Onn
  • Pernah melukis mural bagi
      1. Dewan Bahasa dan Pustaka
      2. Malay Youth Hostel Association
      3. United Malayan Banking Corporation di Bangkok
     
     
     
     
    • Tajuk : Hang Tuah dan Hang Jebat
    • Tahun : 1961
    • Media : Cat minyak
    • Gaya : bentuk figura disusun mengikut sudut pandangan yang menimbulkan suasana pertempuran hebat dan sengit,suram dan garang.Calitan warna puti disekeliling figura menimbulkan kesan pergerakan.